Wednesday, July 23, 2008

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KEPALA BATAS, PULAU PINANG

Tanggal 7 Januari 2002 merupakan detik bersejarah di persekitaran kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang kerana mempunyai sebuah sekolah baru yang dinamakan Sekolah Kebangsaan Kepala Batas. Sekolah ini telah siap dibina dan memulakan sesi persekolahannya dengan bercogan kata ‘BERUSAHA, BERILMU BERBAKTI’. Sekolah ini pada mulanya hanya menempatkan murid-murid tahun 1 hingga tahun 4 sahaja.

Dengan kedatangan 15 orang guru sebagai perintis dan sebanyak 182 orang murid pertamanya, sekolah ini telah mula beroperasi sepenuhnya. Murid-murid di sini diterima daripada murid-murid Sekolah Permatang Bertam dan Sekolah Kebangsaan Hashim Awang.

Struktur bangunan sekolah ini dibina di atas tapak sebidang tanah yang berada di Lot 2553, Mukim 6, Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Terdapat sebuah tapak tadahan air yang luasnya 1.0 ekar. Terdapat juga sebuah tapak pelupusan seluas 0.43 ekar. Keseluruhan keluasan tapak sekolah Kebangsaan Kepala Batas ini termasuk sebuah padang adalah seluas 5.74 ekar.

Guru besar pertama sekolah ini adalah En. Abdul Latif Bin Saidin. Beliau menjalankan tugas sehingga hari persaraannya iaitu pada 8 Oktober 2007. Sehingga akhir tahun 2007, jumlah murid-murid adalah sebanyak 960 orang manakala guru adalah sebanyak 50 orang.

Dalam bidang akademik, pencapaian dalam peperiksaan UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH adalah agak membanggakan. Berikut adalah analisa bagi pencapaian UPSR bagi empat tahun berturut-turut :
BIL. TAHUN BIL. KEPUTUSAN (5A) PERATUS LULUS (%)
1. 2007 - 25 (78.5%)
2. 2006 - 20 (82.4%)
3. 2005 - 11 (79.3%)
4. 2004 - 13 (87.1%)

Semoga dengan wujudnya Sekolah Kebangsaan Kepala Batas ini akan menambahkan lagi institusi pendidikan rendah yang bakal melahirkan insan yang cemerlang dan gemilang di kawasan Kepala Batas.











FALSAFAH SEKOLAH
Sentiasa bersikap terbuka dalam menangani masalah yang dihadapi semasa melayani pelanggan-pelanggan dalam (warga sekolah) dan pelanggan-pelanggan luar (ibubapa/waris/masyarakat/pegawai-pegawai jabatan/institusi berkaitan)

VISI SEKOLAH
Menjadi sekolah cemerlang dan gemilang dalam semua aspek yang mampu melahirkan insan berkualiti dan bernilai kepada agama, bangsa dan negara menjelang 2010.

MISI SEKOLAH
Warga Sekolah Kebangsaan Kepala Batas :
· Berusaha gigih untuk mendidik dan memastikan pencapaian akademik pelajar ke tahap yang cemerlang dan gemilang.

· Berusaha membangunkan dan mengamalkan sistem pengurusan, pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaaan.

· Mewujudkan satu pasukan warga sekolah yang positif, inovatif, kreatif dan komited kepada amanah yang dipertanggungjawabkan.

No comments: