Wednesday, July 23, 2008

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KEPALA BATAS, PULAU PINANG

Tanggal 7 Januari 2002 merupakan detik bersejarah di persekitaran kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang kerana mempunyai sebuah sekolah baru yang dinamakan Sekolah Kebangsaan Kepala Batas. Sekolah ini telah siap dibina dan memulakan sesi persekolahannya dengan bercogan kata ‘BERUSAHA, BERILMU BERBAKTI’. Sekolah ini pada mulanya hanya menempatkan murid-murid tahun 1 hingga tahun 4 sahaja.

Dengan kedatangan 15 orang guru sebagai perintis dan sebanyak 182 orang murid pertamanya, sekolah ini telah mula beroperasi sepenuhnya. Murid-murid di sini diterima daripada murid-murid Sekolah Permatang Bertam dan Sekolah Kebangsaan Hashim Awang.

Struktur bangunan sekolah ini dibina di atas tapak sebidang tanah yang berada di Lot 2553, Mukim 6, Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Terdapat sebuah tapak tadahan air yang luasnya 1.0 ekar. Terdapat juga sebuah tapak pelupusan seluas 0.43 ekar. Keseluruhan keluasan tapak sekolah Kebangsaan Kepala Batas ini termasuk sebuah padang adalah seluas 5.74 ekar.

Guru besar pertama sekolah ini adalah En. Abdul Latif Bin Saidin. Beliau menjalankan tugas sehingga hari persaraannya iaitu pada 8 Oktober 2007. Sehingga akhir tahun 2007, jumlah murid-murid adalah sebanyak 960 orang manakala guru adalah sebanyak 50 orang.

Dalam bidang akademik, pencapaian dalam peperiksaan UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH adalah agak membanggakan. Berikut adalah analisa bagi pencapaian UPSR bagi empat tahun berturut-turut :
BIL. TAHUN BIL. KEPUTUSAN (5A) PERATUS LULUS (%)
1. 2007 - 25 (78.5%)
2. 2006 - 20 (82.4%)
3. 2005 - 11 (79.3%)
4. 2004 - 13 (87.1%)

Semoga dengan wujudnya Sekolah Kebangsaan Kepala Batas ini akan menambahkan lagi institusi pendidikan rendah yang bakal melahirkan insan yang cemerlang dan gemilang di kawasan Kepala Batas.











FALSAFAH SEKOLAH
Sentiasa bersikap terbuka dalam menangani masalah yang dihadapi semasa melayani pelanggan-pelanggan dalam (warga sekolah) dan pelanggan-pelanggan luar (ibubapa/waris/masyarakat/pegawai-pegawai jabatan/institusi berkaitan)

VISI SEKOLAH
Menjadi sekolah cemerlang dan gemilang dalam semua aspek yang mampu melahirkan insan berkualiti dan bernilai kepada agama, bangsa dan negara menjelang 2010.

MISI SEKOLAH
Warga Sekolah Kebangsaan Kepala Batas :
· Berusaha gigih untuk mendidik dan memastikan pencapaian akademik pelajar ke tahap yang cemerlang dan gemilang.

· Berusaha membangunkan dan mengamalkan sistem pengurusan, pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaaan.

· Mewujudkan satu pasukan warga sekolah yang positif, inovatif, kreatif dan komited kepada amanah yang dipertanggungjawabkan.
PENGENALAN

Bermula 01 Julai 2008 ini, pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) ambilan Januari 2008 akan memulakan latihan praktikum. Semua pelatih guru diwajibkan untuk mengikuti latihan ini selama 12 minggu (3 bulan) di sekolah-sekolah yang telah ditetapkan oleh pihak Institut Perguruan.

Melalui program ini, pelatih guru berpeluang mendalami ilmu keguruan secara praktikal di dalam bilik darjah sebenar di samping mempraktikkan ilmu dan nilai-nilai keguruan yang dipelajari secara teori semasa di Institut Perguruan. Dalam program yang akan dihadapi ini, saya mengharapkan agar dapat menempuh suasana kerja yang sebenar di sekolah dan setiap ilmu yang dipelajari ketika di Institut Perguruan dapat diaplikasikan dengan sebaik mungkin.

Melalui program ini juga, saya mengharapkan agar peluang dan kesempatan ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk melihat suasana sebenar di sekolah. Selain itu juga, ia akan memberikan kesempatan untuk saya mendapatkan tunjuk ajar dan ilmu yang berharga daripada guru-guru yang lebih berpengalaman di sekolah untuk dijadikan panduan dalam mengharungi program praktikum ini. Sesungguhnya melalui program praktikum ini sahaja dapat memberi gambaran dan pengalaman berguna dalam saya memupuk keyakinan diri dan menyesuaikan diri dengan suasana kerja yang bakal saya tempuh nanti. Saya juga berharap dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan seluruh warga sekolah agar dapat memperoleh kerjasama dari guru-guru dan staf-staf sekolah.

Akhir kata, diharapkan dengan program praktikum ini, saya dapat mendalami ilmu-ilmu keguruan dengan lebih baik dan berkesan. Segala ilmu yang diperolehi di Institut Perguruan akan cuba di aplikasikan dalam program ini di samping pandangan dan tunjuk ajar dari pensyarah-pensyarah dan guru-guru pembimbing amat-amat ditagih.

Sekian, Terima kasih.
BIODATA PELAJAR

Nama : Mohd Hisham Bin Salleh
No. K/P : 790108-02-5453
Tarikh Lahir : 08 Januari 1979
Umur : 29 tahun
Status : Berkahwin
Opsyen : Major - Pendidikan Seni Visual (PS)
Minor – Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan (PJ)

Alamat : 44 Taman Pinang Jaya,
Bukit Pinang,
06200 Kepala Batas,
Alor Star,
Kedah Darul Aman.

No. Telefon : 04 – 7144944 (R)
019 – 4411676 / 017 – 4411676

IPG : Institut Perguruan Tuanku Bainun,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Pensyarah
Pembimbing : En. Azman Bin Mohd Hussain

Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kepala Batas,
13200 Kepala Batas,
Seberai Perai Utara,
Pulau Pinang.

Guru Pembimbing : Puan Sholeha Binti Ali